Friday, June 30, 2006
Episod 23

"Hello", sapa Fedriz.

"Yes tuan doktor. How can I help you?", terdengar suara dihujung talian.

"Hehe. Ada-ada aje la awak ni. Tapi, betul nak tolong ni?", sambut Fedriz dengan gelak tawa.

"Kalau perlukan pertolongan, kita tolong la. Apa dia?".

"Tolong picit yang, Penat la. Ramai sangat patient tadi. Boleh?"

Errrkk...yang? Wah..macam nak melayang aje.

Dalam tersengih, "Picit? Hmm..Cubit kita pandai lah wak. Boleh?"

"Cubit?? Alahh..terima kasih aje la yer. Setakat Cubit Nina yang manis tu pun boleh buatkan", sengaja Fedriz memancing kemarahan orang disebelah sana.

Ninaaaaa?? Yang manis??? Ish nak kena dia ni. Sambil itu dia berfikir apa nak dikenakan balik pada si Fedriz.

"Oh. Kalau gitu, tak apalah. Ok lah tuan doktor. Kita nak mandi lah. Lepas ni nak keluar dinner. Karang lambat pulak. Marah orang tu", sengaja dia terus mematikan talian.

Kemudian, dia terus menaip sms.

'Honey, mcm mana mlm ni. U dtg pick me up x? I dont mind driving tho'

Sent to : Fedriz.

Dia tersenyum tanda puas hati. Kaki melangkah mencapai tuala lalu terus ke bilik mandi.

Sementara itu di kediaman Fedriz, dia mundar mandir dibilik tidurnya.

'Ishh..honey? Hmm..apa dia ni. Sengaja nak cari pasal ke apa ni? Tadi cakap lain. Ni honey-honey pulak. Apa aku nak buat ya? Hmm..' Fedriz ligat mencari idea untuk mengenakan 'lawan'nye tadi.

Handphone dicapai. Menu -> Message -> New. Jari jemari menekan-nekan keypad telefon bimbitnya.

Sent to : Si Dia

Tit tit. Tit tit. Bunyi mesej diterima.

Dia yang baru keluar dari bilik air berlari-lari ke katil. Tak sabar nak membaca mesej.

'Eh. Awak silap msg la. Sini takde honey. Money ade. Hehe. Anyway, slamat keluar. Nina & I pon nak dinner ni. Jom skali?'

'Hish. Dia ni takde perasaan ke?Hmm..lantak lah. Kalau dia tak kesah, why should I?' fikirnya.

Dicapai T-Shirt berlengan panjang dan jeans. Setelah bersiap ala kadar, die membalas mesej Fedriz.

'Ok. kt ner?u name it, i'll be there.' send. Eh. Back. Ok. Send.

Sent to : Fedriz.

Bip bip. Bip Bip.

'Ok. kt ner?u name it, we'll be there'. fedriz sengih.

Hmm..tak mau kalah makcik ni. Tak apa. Let's play this game ok. Tengok siapa menang.

Tit tit. Tit tit.

'Set. Let's meet @ Tupai-tupai then. Smoked salmon ctu sdp.ok x?'

Message sent. Tak sampai tiga saat, handphone nya berbunyi lagi.

'Ok. roger & out. c u in 30mins'

Fedriz sengih. Butang baju ditanggalkan satu persatu sambil menuju ke bilik air untuk mandi dan berwuduk.


Next Page
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive