![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, July 27, 2005
Episod 7 Sampai di hospital, Dr. Fedriz meluru ke bilik Zarief. Kelihatan Puan Idah dan Encik Badrul bersandar keletihan di kerusi di luar bilik Zarief. "Auntie, uncle. Macam mana keadaan Zarief?",kelam-kabut Dr.Fedriz bertanya. "Nurse dah beri injection tadi. Kenapa boleh jadi macam gitu ye Riz? Risau la auntie macam gini", Puan Idah menjawab dalam pertanyaan. "Hmm..Riz nak cakap pun tak pasti auntie. Cuba auntie cerita dekat Riz apa yang dah jadi. Takkan pulak si Ary tu tibe-tibe aje mengamuk. Macam tak logic aje sebab petang tadi Riz berbual dengan dia. Nampak OK aje",Dr. Fedriz kehairanan. "Gini Riz. Biar uncle terangkan. Masa kami sampai tadi, kami tengok si Ary tu tengah menonton TV. Kami pun tegur la dia macam biasa. Bila auntie kamu ni dok peluk cium dia, dia dah mula macam nak meradang. Katanya siapa makcik ni siap peluk cium saya. Saya kenal pun tidak. Naik rimas saya", Encik Badrul mengambil nafas. "Kemudian, kami pun cakap la yang kami ni mummy dan daddy dia. Mula-mula dia terdiam. Tapi, lepas tu dia marah-marah pulak. Katanya, kalau betul kami ni ibu bapa dia, kenapa dia tak ingat. Dia kata lagi yang kami ni saja nak mempermainkan dia", sambung Encik Badrul. Puan Idah pulak sudah mengalir air mata. Mungkin sedih mengenangkan kehadiran yang tidak diakui anak sendiri."Sedih auntie dia buat kami macam tu Riz", esaknya. Sambil mengeluh, Dr. Fedriz menerangkan "Auntie, auntie tak boleh anggap macam tu. Kita kena ingat, Ary tu baru lepas kemalangan. Selain kesan terhadap fizikalnya, kita kena ambilkira kesan kepada emosinya juga. Lagipun, kami belum menjalankan apa-apa test untuk mengenalpasti apa yang Ary alami sekarang. Mungkin dia keliru bila macam-macam orang perkenalkan diri tapi dia tak ingat. Tekanan juga tu auntie, uncle. Saya cuma harap, auntie dan uncle dapat bersabar sementara kami jalankan ujian". "Kami faham Riz. Tapi hati ibu mana yang tak sedih bila anak sendiri tak ingat kepada ibunya", kata Puan Idah. "Riz pun faham tu auntie. Tapi, macam yang Riz katakan tadi lah. Kita kena banyak bersabar. Kami akan sedaya upaya memulihkan ingatan Ary. Mungkin ini akan mengambil masa", jawab Dr. Fedriz. "Iyelah nak. Uncle faham. Auntie pun faham. Mungkin kami terlalu gopoh tadi. Terkejut la si Ary tu", balas Encik Badrul pula seraya memandang Puan Idah yang sedang menyapu air matanya. Dr. Fedriz tersenyum, "Biasalah tu auntie. Dia terkejut aje tu. Kita usahakan perlahan-lahan ye auntie. InsyaAllah, sembuhlah Ary tu nanti". "Auntie ikut aje la kata Riz. Mana yang baik auntie setuju aje. Lagipun Riz yang doktor. Riz lah yang lebih pandai daripada auntie. Ye tak?", seloroh Puan Idah. "Ish auntie ni. Ada-ada aje. Semua ni pun kerana pertolongan auntie dan uncle juga. Riz dan abah banyak terhutang budi dengan auntie dan uncle",Dr. Fedriz tak lupa berterima kasih. "Eh budak bertuah nih, ke situ pulak dia. Kita nak kenakan dia, dia kenenkan kita balik pulak",balas Pan Idah seraya memukul bahu Dr. Fedriz mesra. Ketiga-tiga mereka kemudiannya ketawa melihatkan telatah Puan Idah. "Eh, Riz dah makan?Kalau belum jom lah kita makan sama", cadang Encik Badrul. "Boleh jugak uncle. Riz pun memang tak masak hari ni", tersengih Dr. Fedriz menerima pelawaan Encik Badrul. "Haa..elok benor ler tu. Moh ler kita mummynye", ketawa mereka mendengarkan loghat Perak dari mulut Encik Badrul. Mereka bertiga menjenguk Zarief sebelum berlalu pulang. Kelihatan Zarief sedang nyenyak tidur setelah diberikan suntikan pelali oleh jururawat sebentar tadi. Selesai makan, mereka berpisah menuju ke rumah masing-masing. Sambil memandu, Fedriz membayangkan keadaan yang terjadi tadi di antara Zarief dan ibu bapanya. Dia membuat hipotesis sendiri. Cuba mengaitkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi Zarief selepas ini. Fedriz melepaskan keluhan. Bimbang sekiranya dia tidak dapat membantu memulihkan keadaan Zarief. Dia risau andainya janjinya kepada arwah abah tidak tertunai. "Riz takkan sia-siakan janji Riz abah", dalam diam Fedriz menanam semangat. Fedriz meneruskan pemanduan menuju ke destinasinya. __________________________________________________________________________________ Mintak maaf semua. Dania dapat assignment mengejut. Sorry sgt². Ini pun Dania update dari Office client. Kalau lah bos tau..iee..seram Dania. Harap semua enjoy ye. Dalam nak kena cari idea untuk client ni, bimbang idea untuk Cinta Dania ni x seberapa :) dhiya : ni entry untuk cik dhiya. ckp kita jgn dera dia, dia aje yang dera kita yer??:P by Dania Putri at 10:17 pm
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||