Friday, July 22, 2005
Episod 6

Sedang Dr. Fedriz memandu, telefon bimbitnya berberbunyi. Dia pantas memasang handsfree nya
bimbang disaman polis pula kerana bercakap di telefon sambil memandu.Sekilas, dia memandang
skrin telefon bimbitnya. Tertera nama Zamri, sahabatnya di MCKK dulu.

"Hah Zam..Ada apa? Aku tengah driving ni", beritahu Dr. Fedriz.

"Hah..ok. Nanti dah sampai rumah aku call kau balik ok", dia menamatkan perbualan.

Dr. Fedriz meneruskan pemanduannya menuju ke arah Taman Melawati, kawasan rumahnya. Sesampai di rumah,dia menekan suis pagar automatik dan memakir keretanya. Sebelum terlupa, dia mengangkat kain baju yang disidainya pagi tadi.

"Hmm..mujur kering", Fedriz berkata sendirian.

Fedriz kemudiannya merehatkan diri di atas sofa di ruang tamu. Dia tiba-tiba teringat janjinya untuk menelefon Zamri apabila sampai dirumah.

"Hish..macam-macam aje si Zam ni", komen Fedriz mendengarkan caller ringtone Zamri.

Tak lama kemudian, Zamri menjawab panggilan "Hello Riz. Aku ingat kau lupa nak telefon aku
tadi. Kau baru sampai ke", tanya Zamri.

"Kau ni Zam, umur dah nak masuk 26. Ada ke patut guna caller ringtone Marsha.
Fanatik betul", komen Fedriz.

"Haha..Aku saja  la Riz. Bukan minat sangat pun. Tengok gitu-gitu aje. Idan tu yang minat
sangat kat Marsha tu. Merengek-rengek mintak aku subscribe. Layankan aje lah", jawab Zamri.

"Hai, anak buah sorang la katakan. Esok kau ada anak, entah apa pulak la mintaknya tuh",
perli Fedriz.

"Ehem-ehem..dah bukak cerita anak pulak ni? Ada apa-apa ke?", Zamri meneka.

"Haa..Dah-dah. Jangan nak bukak topik kahwin ok? Boring dah aku ni. Lagipun, yang cakap tu
pun, memaku dulang paku serpih. Nak mengata aku konon", bebel Fedriz.

"Hoi kau ni. Mana ada peribahasa macam tu la. Perosak bhasa betul", gelak Zamri.
"Eh, terlupa pulak aku. Tadi aku telefon kau, nak tanya tentang jemputan wedding
 si Fazura. Kau pergi ke nanti?", sambung Zamri.

"Eh, bila ye? Aku dah terlupa la", Fedriz menepuk dahi.

"Kau ni memang. Kalau yang satu tu tak melekat, mesti tercicir sama", saja Zamri membebel.
Dia cukup faham, Fedriz memang selalu terlupa kerana kesibukan kerjanya. Zam tak pernah
ambil hati walaupun kerap juga pertemuan mereka dibatalkan gara-gara Fedriz terlupa.

"Banyak la kau. Cakap macam mak nenek. Aku betul lupa lah. Bila majlis kahwin si Fura
tu Zam?", tanya Fedriz.

"Weekend ni lah. Kalau kau jadi pergi, aku ingat kita pergi sekali aje. Bosan pulak
nak datang sorang", terang Zamri.

"Uiks..sorang? buah hati pengarang jantung kau si Nurin mana?", Fedriz bertanya pula.

"Ala..Nurin outstation la. Kena pergi Sabah", jawab Zamri.

"Eleh, macam tu lah kawan. Bila awek tak ada, baru nak cari aku", Fedriz pura-pura merajuk.

"Bukan macam tu la..Kau ni..At least aku cari jugak walau bila masa pun. Yang kau tu? Tak ada awek pun tak penah nak cari aku", Zamri memulang paku buah keras.

"Hahahaha. Aku pulak yang kena balik", ketawa Fedriz. "Ok lah Zam, nanti kau call aku ok? Kot-kot aku terlupa lagi karang. Ada yang hangin satu badan pulak".

"Yelah. Nanti aku call sebelum nak datang rumah kau. Eh, Oklah lah Riz. Si Idan ni dah bising-bising ajak main kat padang. Kita cerita lain kali ok. Assalamualaikum".

"Ok-ok. Waalaikumussalam. Kirim salam family kau. Bye", balas Fedriz.

"Bye", panggilan dimatikan.

Fedriz terkenang zaman persekolahan dulu. Dia memang sangat rapat dengan Zamri. Lagi pula,
hanya Zamri yang sudi dan ikhlas berkawan dengannya. Rakan-rakan lain, hanya gemar mengeji.
Macam-macam yang mereka kata pada ibu. Fedriz malas nak ambil pusing.Mereka kata ibu
itulah, ibu inilah. Fedriz tak pernah peduli.

Namun, kesabaran Fedriz ada batasannya. Dia pernah dipanggil ke bilik pengetua gara-gara
menumbuk seorang pelajar. Puncanya, pelajar itu mengejek dia anak luar nikah kerana tidak mempunyai ibu. Fedriz tidak dapat menahan geram dan akhirnya, lebam muka budak itu dibelasah Fedriz.

Tapi dia kesal. Akibat perbuatannya itu, abah dipanggil ke sekolah. Dia tidak takut dimarahi abah kerana dia tahu dia memang bersalah. Apa yang dikesalkan ialah, dia telah memalukan abah. Sejak hari itu, dia pekakkan telinga. Dia butakan mata pada sesiapa yang mengata dan mencaci dirinya. Semuanya untuk abah. Biarlah dia terima segala kata-kata nista yang dilemparkan, asalkan abah hidup tenang, dan yang paling penting, asalkan abah berbangga punya anak sepertinya.

Akhirnya, Fedriz terlena.

Allahuakbar...Allahuakbar..Kedengaran azan berkumandang dari surau berdekatan rumahnya.

"Ya Allah. Aku tertidur". Fedriz bingkas bangun naik ke biliknya.

Sesudah mandi, Fedriz menunaikan kewajipannya kepada Allah Taala. Tak lupa dibacakan surah
yasin buat arwah abah. Seperti yang dia lakukan pada setiap malam. Dia tahu, doa anak yang
soleh dapat membantu abah di sana. Sejak abah pergi, tak pernah sekalipun dia terlupa
untuk menyedekahkan surah yasin buat abah. Hanya ini yang dia mampu beri pada abah, walaupun dia tahu tiada apa yang dapat membalas jasa abah membesarkannya  dahulu.

"Abah, Riz rindukan abah. Riz harap kita dapat jumpa nanti", bisik hati kecil Fedriz.

Seperti biasa, Fedriz menonton berita di televisyen. Dia bercadang untuk makan di kedai saja hari ini. Kadang-kala ada juga dia memasak. Bukan dia malas, cuma dia rasa tak berbaloi memasak untuk seorang. Sudahnya, ada yang jadi habuan tong sampah nanti.

Sedang dia menonton, telefon rumahnya berbunyi.

"Hello", Fedriz menjawab panggilan.

"Riz, auntie sini. Auntie dekat hospital ni", kedengaran suara Puan Idah di corong.

"Oh, Auntie. Ada apa-apa yang Riz boleh tolong?", ramah Fedriz bertanya.

"Riz boleh datang hospital sekarang tak? Si Zarief ni mengamuk la Riz. Auntie tak tahu apa nak buat", Puan Idah risau.

"Ok-ok. Riz datang sekarang", Fedriz meletakkan gagang.

Dalam hatinya tak henti-henti berdoa supaya Zarief kembali tenang.
________________________________________________________________________

Dania~ Maaflah lewat sangat pulak entry hari ni. Dania baru balik ofis. Harap semua enjoy:)


by Dania Putri at 09:23 pm

azkam
October 12, 2005   08:40 PM PDT
 
wah wah wah....nih 1st time dtg sini,baru copy 6 episod xbaca lagi,paprepun,keep up the good work.nnt da abis baca saya komen k?klu bagus,sy rekemen kat Mettro.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive