![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Thursday, July 21, 2005
Episod 5 Selesai makan, Dr. Fedriz memohon izin mengundurkan diri. "Saya mintak diri dulu ye". "Baik Encik. Terima kasih", balas lelaki tadi. Dr. Fedriz pun berlalu ke biliknya untuk menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai. Lewat petang barulah Dr. Fedriz selesai meneliti dokumen-dokumen para pesakitnya. Setelah memastikan semua dokumen yang penting telah disediakan untuk mesyuarat esok, Dr. Fedriz "Mungkin Ary ada tamu agaknya", fikir Dr. Fedriz. Sesampai di bilik Zarief, kelihatan seorang gadis sedang bercakap-cakap dengan Zarief. Pada hemat Dr. Fedriz, hanya gadis itu yg bercakap sedangkan Zarief hanya memandang kosong. "Assalamualaikum", sapa Dr. fedriz. Gadis itu berpaling memandang Dr. Fedriz. "Waalaikumussalam doc", jawab si gadis. "Boleh saya tahu anda siapa? Bukan apa, patient masih dalam pengawasan. Jadi kami tidak boleh membenarkan sembarangan orang datang melawat.Harap cik faham yer?", terang Dr. Fedriz mesra. "Saya kawan Zarief doc. Boleh saya tahu, Zarief sebenarnya kenape yer? Dia seolah-olah tak kenal saya sedangkan kami cukup rapat masa di kolej dulu", balas gadis itu. "Hmm..seperti yang saya kata tadi, patient masih dalam pengawasan. Jadi kami tak dapat nak buat apa-apa kesimpulan buat masa ini. Mungkin ini adalah kesan akibat kemalangan tempoh hari". dari riak wajah gadis tesebut, Dr. Fedriz dapat membaca kekeliruan yang dialami. "Macam ni la cik errr", Dr. Fedriz terhenti seketika. "Nama saya Syazlin. Panggil Lin aje", balasnya tersenyum. "Ok cik Lin, macam ni lah. Since kami pun belum dapat nak pastikan keadaan Zarief sekarang ni, apa kata cik Lin balik dulu. Zarief pun nampak penat tu.", cadang Dr. Fedriz. Sambil tersenyum hambar, Lin menjawab "Baiklah doc. Saya minta dri dulu ye". Lin mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan bilik Zarief. Sebelum beredar, Lin menggnggam tangan Zarief sambil membisikkan sesuatu di telinga Zarief. Zarief sekadar membiarkan perlakuan Lin. Setelah Lin berlalu, Dr. Fedriz mengambil kesempatan untuk bertanyakan perihal Lin kepada Zarief. "Siapa gadis tadi tu Zarief? Lawa saya tengok", gurau Dr. Fedriz. "Entah la. Saya pun tak kenal. Tapi dia pun panggil saya Zarief. Agaknya betullah nama saya Zarief ye? Saya pun dah lupa sebenarnya.", panjang lebar penjelasan Zarief. Dr. Fedriz tersenyum. "Peningkatan lagi nampaknya ni", bisiknya dalam hati. "Ye ke tak kenal ni?Ke nak rahsiakan daripada saya? Mesra je saya tengok", Dr. Fedriz serkap jarang. "Betul. Saya tak kenal. Tapi dia macam kenal saya kan? Saya rasa dia salah orang la doktor", beria-ia Zarief menerangkan. "Oh..Tak apa lah kalau macam tu. Awak dah makan ubat belum petang ni?", tanya Dr. Fedriz. "Belum la doktor. Saya tak suka la makan ubat. Lagipun saya bukannya sakit. Sengal-sengal sikit je kaki ni. Saya kemalangan ye doktor? Teruk la agaknya sampai bergantung-gantung ni", balas Zarief sambil menuding ke arah kakinya. "Hmm..Masih Zarief yang dulu. Peramah dan takut nak makan ubat", perlahan Dr. Fedriz bersuara. "Ada apa doktor? Saya kurang dengar la", pintas Zarief. Menyedari dia telah terlepas kata, Dr. Fedriz cepat-cepat menyambung "Eh, tak ada apa-apalah Ary, eh Zarief. Awak kena makan ubat. kalau tidak, macam mana nak baik? Itu ubat untuk kaki awak lah tu. Sebab tak boleh nak sapu minyak atau balm, sebab tu kena makan ubat". Sambil menggaru-garu kepalanya, "Ooo..Macam tu ye doktor?Hmm..Nampak gaya kena makan jugak lah ni?hishh..ye lah doktor.". Zarief pun memasukkan ubat ke dalam mulutnya. Berkerut-kerut mukanya menelan ubat. Geli hati Dr. Fedriz melihatnya. Setelah selesai, Dr. fedriz meminta diri untuk pulang. "Saya balik dulu ye Zarief. Awak jaga diri. Dengar kata nurse ye. Esok saya akan check awak". "Ok doktor. Jangan risau. Saya ikut cakap nurse. Lagipun semua cantik-cantik lah doktor, takkan lah saya tak dengar kata", terkekeh-kekeh Zarief ketawa. "Hish..Macam-macam lah awak ni. Ada-ada aje", lucu dengan kata-kata Zarief tadi. "Hehe..Ok doktor. Hati-hati di jalanraya. Kang jadi macam saya ni susah pulak". "Baik lah Dr. Zarief. Terima kasih ingatkan saya. Saya balik dulu.", saja Dr. Fedriz memerli Zarief dengan panggilan doktor. "Ok. Bye doktor", ucap Zarief. Dr. Fedriz berlalu menuju ke keretanya sambil memikirkan perbualannya dengan Zarief sebentar tadi. "Syukur alhamdulillah", dalam diam Dr. Fedriz mengucap syukur dengan perkembangan Zarief. dhiya :- itu lah..dania dah keluar..tapi sekejap jer..hehe..suruh orang tulis panjang² konon..yang dhiya tuh? main tipu yer??hmm..
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||