![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, July 20, 2005
Episod 4 Di bilik Dr. Fedriz... Kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk di ruangan menunggu. Dr. Fedriz terus berjumpa dan bersalaman dengan mereka. "Apa khabar Puan Idah, Encik Badrul?",sapanya. "Baik nak.Ish, kan auntie dah pesan panggil auntie dan uncle je",balas Puan Idah. Dr. Fedriz hanya tersenyum membalas pernyataan Puan Idah. Bukan apa, sebenarnya dia segan dengan keluarga Zarief yang terlalu banyak membantu dia dan abah. Tambahan pula, mereka adalah majikan abah jadi, wajar dia memanggil dengan panggilan yang sepatutnya. "Bagaimana keadaan Ary, Riz?"tanya Puan Idah."Tadi kami jenguk dia, dia macam tak kenal kami aje",sambungnya lagi. Encik Badrul hanya menggangguk-angguk kecil. "Hmm..ni lah yang Riz nak bincangkan dengan Puan err auntie dan uncle ni",kata Dr. Fedriz. "Eh, macam tak sedap je uncle dengar ni", kata Encik Badrul pula. "Bukan ape, kalau tak silap la perkiraan Riz ni uncle, Ary mungkin hilang ingatan akibat hentakan yang dialaminya dalam kemalangan tu", dalam kepayahan Dr. Fedriz luahkan juga rasa hatinya. "Hah?Betul ke apa Riz cakap ni?",hampir pengsan Puan Idah mendengarkannya manakala Encik Badrul melepaskan keluhan. Mungkin kecewa dengan apa yg baru didengarinya sebentar tadi. Melihat keadaan sebegitu, Dr. Fedriz cepat-cepat berkata, "Tapi auntie, uncle. Kita belum dapat kepastian lagi tentang perkara ini. Masih ada kemungkinan bahawa jangkaan kami meleset. Lagi pula, kalau pun Ary hilang ingatan, mungkin untuk sementara saja". "Hmm..macam ni la Riz, Riz dan team Riz buat lah apa yang patut untuk memulihkan Ary. Auntie dan uncle serahkan Ary kepada Riz. Kami percayakan Riz", balas Puan Idah. Encik Badrul kemudian menyusul "Betul cakap auntie tu. Kami tak pandai dalam bidang ni. Mana yang baik untuk Riz, baik lah untuk kami." "Takpe lah uncle, nanti lepas kami jalankan beberape tests, Riz akan maklumkan kepada uncle dan auntie keputusannya ye?". "Baiklah macam tu Riz, kami tunggu panggilan Riz nanti", Encik Badrul mengakhiri perbincangan kami. "Auntie dan uncle balik dulu yer Riz. Nak tunggu Ary pun, kesian auntie tengok dia tadi. Takut aje dengan kami. Sayu hati auntie ni nak", perlahan suara Puan Idah. Encik Badrul memeluk bahu isterinya sebagai memberi semangat. Dia faham, isterinye terlalu sayangkan satu-satunya anak lelaki mereka. Secara tidak langsung, Encik Badrul merasa bersalah. Kalau bukan kerana pertengkaran mereka tempoh hari, pasti ini semua tidak terjadi. Namun, 'nasi sudah menjadi bubur'. Apalah yang hendak dikesalkan lagi. Kini, mereka hanya mampu berusaha untuk mengembalikan Zarief yang dulu. Dr. Fedriz mengiringi Puan Idah dan Encik Badrul ke muka pintu. Selesai bersalaman, dia kembali ke kerusinya. Terdapat beberapa dokumen yang perlukan perhatiannya. Dalam meneliti dokumen-dokumen tersebut, fikiran Dr. Fedriz sebenarnya melayang entah ke mana. Dia masih terbayang-bayang betapa sayunya Puan Idah menerima berita keadaan Zarief tadi. Walaupun dia tidak mungkin merasa perasaan Puan Idah yang sebenarnya, sedikit sebanyak dia turut faham. Ini bukan kes pertama yang dia kendalikan. Namun, setiap kali melihat raut wajah seorang ibu menerima berita buruk yang menimpa anaknya, setiap kali itulah dia turut sedih. Dia mungkin tidak punya ibu, namun dia bukan makhluk tanpa perasaan. Dr. Fedriz melepaskan keluhan berat. Terlalu sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan seorang ibu melihat keadaan anak yang seumpama Zarief. Dr. Fedriz kemudiannya mencapai bingkai gambar arwah abahnya yang sering menemaninya setiap masa."Abah, Riz janji Riz akan buat segala yang Riz mampu untuk mereka. Riz ingat pesan abah supaya membalas jasa baik mereka. Riz takkan lupa abah", janji Dr. Fedriz. Dr. Fedriz kemudiannya meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai beberapa hari ini. Tanpa disedari, waktu sudah melewati jam 4:30 petang. Perut yang berbunyi mengingatkannya bahawa dia belum makan tengah hari lagi. "Ish, lapar pulak perut ni",dengan malas Dr. Fedriz bangun dari kerusinya. Dia memang seorang yang 'workaholic'. Kalau sudah bekerja, makan minum tidak dihiraukan lagi. Sambil berjalan menuju ke kantin, Dr. Fedriz singgah sebentar di bilik Zarief. Kelihatan Zarief sedang leka menonton televisyen. Dia menuju ke arah Zarief. "Awak dah makan?", sapa Dr. Fedriz. Zarief angguk. "Ubat?". Zarief angguk lagi. "Jangan takut. Saya doktor yang merawat awak. Nama saya Fedriz",salam dihulur. Teragak-agak, Zarief menyambut huluran tangan Dr. Fedriz. Dr. Fedriz tersenyum. "Kalau ada apa-apa, awak beritahu saya ok? Saya keluar dulu", Dr. Fedriz beredar meniggalkan bilik Zarief. Dia lega kerana Zarief telah menunjukkan respon yang positif. Semangatnya makin berkobar-kobar untuk melihat Zarief sihat seperti sediakala. Sesampai di kantin, Dr. Fedriz sekadar memesan nasi goreng dan teh ais. Perutnya telah sebu akibat lewat makan. Dia kemudiannya menyertai beberapa orang doktor yang sedang minum petang. "Hai Fedriz, baru nak makan?", tegur Dr. Rizal yang baru beberapa bulan bertugas di situ. Dr. Fedriz tersenyum membalas "Ala zal, biasalah. Orang bujang. Makan ke tak ke, tak ade yang peduli. Lainlah macam kau ni. Ada je yang telefon tanya khabar". Pecah ketawa semua. "Itulah, suruh kahwin tak mahu. Tunggu bidadari dari kayangan agaknya kau ni", sampuk Dr. Malik pula. "Bukan memilih la kawan, takde yang nak. Nak buat macam mana kan?",Dr. Fedriz membidas selamba. Sedang dia makan, "Maaf Encik. Boleh saya tumpang duduk? Meja lain dah penuh", sapa satu suara. Dr. Fedriz berpaling. "Silakan. Saya pun sorang aje ni" balasnya kepada lelaki itu. "Terima kaseh Encik. Tapi saya berdua",sambungnya lagi. "Tak ape. Selagi muat, duduk la. Saya tak ade share pun di kantin ni", Dr. Fedriz mengusik. Lelaki itu tersenyum kemudian berlalu ke gerai-gerai makanan yang terdapat di situ. Mungkin baru hendak memesan makanan. Dr. Fedriz meneruskan makannya. "Dania duduk sini dulu ye. Abang Man pergi beli makanan". Sambil berpaling kepada Dr. Fedriz, "terima kasih sekali lagi ye encik", katanya. Dr. Fedriz tersenyum. Dania~ ada yang komen entry pendek sangat. Dania harap yang ni cukup panjang la yer?;) by Dania Putri at 03:47 pm
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||