Tuesday, July 19, 2005
Episod 3

Hari masih awal lagi. Kalau diikutkan hati, Fedriz mahu tidur sejam dua lagi. Namun, memikirkan keadaan Zarief yang mungkin memerlukan pengawasan seorang doktor, Fedriz bangkit juga.
Walaupun Fedriz sedar, Zarief mungkin tidak peduli tentang kehadirannya di situ. Segala kenangan yang pernah mereka lalui bersama mungkin turut hilang dalam kejadian yang menimpa Zarief tempoh hari. Tapi Fedriz tak peduli. Dia tetap akan berusaha memulihkan Zarief. Dia juga tahu bahawa semuanya adalah ketentuan Tuhan. Tetapi sebagai seorang muslimin, Fedriz akan tetap berjuang untuk mengembalikan Zarief yang dulu.

Fedriz kemudiannya mandi dan bersiap. Dia sukakan kerjayanya yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Cuma pada keadaan-keadaan yang tertentu saja dia perlu berada di hospital
sepanjang masa. Selesai bersiap, Fedriz ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia hanya makan 2 keping roti bersalut mentega dan segelas susu. Apa lagi yang mampu disediakan oleh seorang lelaki bujang sepertinya? Sudahlah tidak beristeri, dia juga tidak ada ibu yang biasanya menyediakan makan dan pakai untuk anak bujang mereka.

Mengenangkan itu, Fedriz mengeluh. Fedriz kemudiannya menutup semua suis dan tingkap sebelum menuju ke kereta. Suis pintu pagar automatik ditekan lalu keretanye meluncur laju beredar dari perkarangan rumah yang dibeli dua tahun lalu.


Sesampai sahaja di hospital, Fedriz ditegur beberapa orang jururawat yang bertugas,

"selamat pagi doc".

Fedriz membalas dengan senyuman. Fedriz memang mesra dengan hampir setiap kakitangan hospital walaupun makcik pencuci sekalipun. Dia tidak mengganggap jawatan yang disandangnya itu sebagai satu halangan untuk dia berbaik dengan mereka.

Fedriz terus menuju ke bilik Zarief. Kelihatan Zarief masih tidur. Lama Fedriz menatap wajah Zarief. Wajah yang satu ketika dulu selalu tersenyum. Seringkali tertawa. Ada saja cerita mereka yang melucukan. Zarief memang seorang yang periang. Dia anak bongsu dalam keluarga 3 beradiknya. Puan Idah dan Encik Badrul sangan memanjakan Zarief. Tambahan pula dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Dia diharapkan untuk menerajui perniagaan keluarga mereka apabila Encik Badrul bersara nanti.

Fedriz tahu, Zarief tidak mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Tapi kerana Zarief seorang anak yang menurut kata, dia akur. Lagipun dia tahu, ' ke mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi'. Kedua kakaknya telah pun mempunyai kehidupan mereka sendiri. Kak Zeta, kakak Zarief yang sulung sudah berkahwin dan tinggal dengan keluarga mertuanya di Johor Bahru. Suaminya, Abang Murzain bekerja di Singapura. Jadi, mereka sekeluarga hanya akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari raya ataupun cuti umum. Walaupun jarak memisahkan mereka, namun hubungan anak-anak Kak Zeta tetap rapat dengan atuk dan nenek mereka.

Fedriz tekun memandang Zarief. Zarief kelihatan cuba untuk mengangkat badannya. Mungkin mencari posisi yang selesa barangkali. Fedriz kasihan melihat keadaan Zarief. Tapi, dia sedar bahawa ini hanyalah ujian Allah buat hamba yang dikasihinya.

Fedriz kemudian beredar menuju ke biliknya.
__________________________________________________________________________________

Dania~ Dah ada pembaca ke??alamak..malu la:P


by Dania Putri at 03:40 pm

Nameadiya
June 14, 2007   10:08 AM PDT
 
saya nie x brp tau sgt pasal cerpen.. bkn penulislah katakan... tapi saya tertarik dengan story nie...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive