Friday, July 15, 2005
Episod 2

Fedriz masih teringat ketika dia kecil dahulu. Bagaimana arwah abah membesarkannya seorang diri. Mujur dia cuma seorang. Dia tiada adik-beradik lain. Dia jugak tidak pernah kenal rupa ibunya. Dia tidak pernah ingat bagaimana rasanya belaian kasik seorang ibu. Kata abah, ibu tidak tinggal dengan kami.
Kalau dulu dia tak pernah faham apa yang abah maksudkan. Tapi, semakin dia dewasa, dia tahu ibunya meninggalkan abah dan dirinya sewaktu usianya baru menjangkau 3 tahun. Alasan ibu, abah miskin, tak ada harta. Sedangkan ibu, anak Inggeris yang punya gedung membeli-belah sendiri. Mungkin ibu tak sanggup tinggal dengan kami yang hanya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' ketika itu.

Walaupun sedih, abah terima pemergian ibu yang pulang ke negara asalnya akibat tidak tahan dengan abah. Padanya, abah tiada cacat celanya. Abah penyayang. Terlalu penyayang. Dia tidak pernah dijentik malah dimarah sekalipun dia membuat kesalahan. Abah pasti menegur dengan penuh kasih sayang. Sekiranya yang tinggal di dapur hanyalah sekeping roti, abah pasti memberikan kepadanya. Abah membanting tulang saban hari demi menyekolahkan dia. Abah mengambil upah memotong rumput,
mengecat rumah dan pelbagai pekerjaan lagi yang telah abah lakukan untuk mencari sesuap nasi.

Abah bukan tidak berkelayakan. Abah tamat sekolah menengah. Cuma keadaan kaki kiri abah yang tempang akibat dihempap kayu ketika menyelamatkan keluarga ibu  ketika mereka datang bercuti ke kampung kami menghalang abah dari untuk banyak bergerak. Waktu itu tidak banyak kemudahan
perubatan yang terdapat di negara kita. Kalau pun ada, kos perubatan sahaja sudah menjangkau puluhan ribu ringgit. Manalah kami mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.

Tanpa disedari, air mata Fedriz mengalir perlahan. Setiap kali mengimbas kehidupan dia dan arwah abah, air mata tak pernah lupa menjadi peneman. Terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama arwah abah. Segala pahit manis kehidupan, semuanya ditempuh tabah berkat doa dan semangat abah.

Fedriz teringat kata-kata yang kerap abah ucapkan sewaktu hayatnya, "tiada siapa yang dapat menaikkan martabat hidup kita selain daripada diri kita sendiri".

Dia pegang erat kata-kata abah. Kalau dulu dia kerap menangis apabila diejek kawan-kawan, kini dia lebih kuat. Dia tidak lagi seorang budak lelaki yang cengeng. Pesanan abah disemat kukuh dalam hatinya.

Abah pernah cerita, ibu sememangnya tidak pernah mencintai abah. Ibu sekadar mengikut kehendak bapanya yang mahukan ibu mengahwini abah sebagai balasan kepada budi abah menyelamatkan mereka sekeluarga dalam kebakaran akibat kecuaian abang ibu ketika itu. Ibu tiada pilihan kecuali menerima kehendak bapanya walaupun ibu tidak sedikitpun mempunyai perasaan cinta terhadap abah.

Masa berlalu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Ibu mula menunjukkan perangai sebenarnya. Bila abah ajak solat berjemaah, bermacam-macam alasan yang ibu beri. Abah faham, ibu memeluk Islam tanpa kerelaannya.
Abah tidak pernah memaksa ibu. Abah lebih banyak mengalah dan berlembut dalam memperkenalkan ibu kepada agama Islam. Walaupun abah dikutuk, dikeji penduduk kampung kerana tidak pandai mendidik ibu, abah tetap sabar. tetap tersenyum setiap kali mendapat jelingan dan cemuhan daripada mereka.

Jika dulu kawan-kawan aku pelik memikirkan mengapa aku berwajah kacukan dan betapa 'glamour' nya nama orang kampung seperti aku ini, aku sekadar tersenyum membalas persoalan mereka.
Bagi aku, tidak perlu menjaja bahawa aku ini anak kacukan atau berbangga mempunyai seorang ibu berbangsa inggeris kalau sekadar pada nama sahaja. Abah banyak mengajar aku erti kehidupan. Tanpa abah, aku yakin aku tidak akan secekal ini dalam menempuhi masa depan.

Kini, walau abah telah pergi menyahut seruan ilahi, semangat dan ketabahan abah tetap ada dalam diriku.

__________________________________________________________________________________

Dania~ Masih takut la..harap semuanya terhibur dengan cerita dania ni yer..:) 


by Dania Putri at 02:33 am

wawawawa
October 8, 2005   10:54 AM PDT
 
nice story setakat nih...bahasa pun ok...keep up da good work
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive