Friday, November 25, 2005
Episod 20

Fazlin masih menangis teresak-esak. Terasa betapa beratnya beban yang ditanggung ketika ini. Fazlin meraba perutnya yang mulai membesar. Dia takut andai perkara ini diketahui walidnya. Ibu mungkin memahami dan dapat memaafkan kesilapannya tetapi walid? Fazlin yakin walid pasti mengamuk apabila mengetahui akan hal ini.

Fazlin mengambil surat tawaran melanjutkan pelajaran di atas meja studinya. Berulang kali surat itu dibaca. Dia tak tahu apa yang patut dilakukan. Menurut ibu, this is once in a lifetime. Peluang keemasan yang tak patut dilepaskan. Tapi, itu menurut ibu. Bukan menurut kata hatinya yang ingin sentiasa berada dekat dengan Zarief. Tapi, mengenangkan kehadiran bayi ini dan kemarahan walid, Fazlin sedar dia tidak mungkin terus berada di Malaysia. Dia tak patut terus di sini. Dia harus pergi! Pergi jauh dari segala yang membelenggu hidupnya.

Pintu biliknya dibuka. "Ibu, Lin nak pergi lah UK ni. Macam yang ibu cakap, peluang sekali seumur hidup, kan bu?", terasa ada sendu yang mengiringi perbualan kali ini.

Ibu mendakap Fazlin. "Bagus lah kalau Lin dah buat keputusan. Walid pun tentu gembira dan bangga dengan Lin. I hope you will show a good example untuk adik-adik", balas ibu.

Namun jauh disudut hati Fazlin, dia membangkang kata-kata ibunya. Walid tentu bangga? Mungkin tidak kalau dia tahu tentang anak ini bu. Ibu pun mesti kecewa dengan Lin.A good example untuk adik-adik jugak tak mungkin terjadi kerana Lin telah terlanjur bu!!!, jerit Fazlin dalam hati.

Sementara itu di hospital...

Kring! Kring!

"Yes?", tanya Fedriz.

"Ada guest doc. Tapi takde appoinment. Do you want to see her?", tanya Nina pula.

"Her? Ish..mestilah nak", gurau Fedriz. "Let her in", sambungnya lagi.

"Ok doc. Gatal jugak doc ni yer", balas Nina lalu meletakkan gagang.

Fedriz tersenyum sendirian.

Knock! Knock!

"Masuk!"

"Assalamualaikum", Dania muncul di muka pintu.

"Eh Dania, masuklah. Apa mimpi datang sini ni? Lama tak call saya", dengan nada terperanjat Fedriz menyapa tamunya itu.

"Hmm..yang Riz tu pun tak call Nia. Takkan asyik kita je nak call dia", balas Dania.

"Ala..sorry lah. Riz sibuk la. Ni ada kes baru lagi ni. Hari-hari balik malam Nia. Tua kat hospita ni je lah Riz nanti", jawab Fedriz sambil ketawa kecil.

"So, what brings you here? Kalau tak penting mesti Nia call je kan?", soal Fedriz.

Dania diam. Suasana sunyi sepi.

"Hey Nia, kenapa diam je ni? Ni mesti ada apa-apa ni", Fedriz risau.

"Nia tak tahu macam mana nak cakap. RIz baca sendiri lah", Dania menghulur sekeping sampul surat berisi kad.

"Eh, kad wangi-wangi ni. Mesti kad jemputan kahwin ni. Hai..dah nak kahwin ke?", usik Fedriz.

Dania tetap membisu.

Selesai membaca kad undangan yang diberi Dania, Fedriz melepaskan keluhan.

"Rupanya memang Nia nak kahwin dah? Hmm..tak tunggu Riz pun", kata Fedriz sedikit kecewa.

"Dania tak nak. Abah yang paksa. Abah yang berkenan sangat kat Abang Man tu. Nia tak suka pun. Nia suka orang lain", balas Dania tenang.

"Iyer? Nia suka siapa pulak? Riz?", Fedriz serkap jarang. Debaran dihati, hanya Tuhan saja yang tahu.
 

by Dania Putri at 03:08 pm

Dania
September 20, 2006   11:56 AM PDT
 
maaf semua..dania tembel sgt updatenye..smpi setahun :D
hehe insyaAllah from now on..boleh la nak visit slalu..will uodate more oftern now mekaseh utk sokongan from all :)
mass
June 19, 2006   06:40 PM PDT
 
hai writer+) saya bru jer abis bace novel ni...gud!! tue jer yg leh sy ckp..tp tak sabar nk tgu kesudahan nye n nnt..anyaway, don't make it to hard coz i know u have ur responsibility at ur works..anyway congrats..=)
NaEmIe
May 25, 2006   12:56 AM PDT
 
A'kum,kak Dania sy bdk baru kt sini...best ar cite nie...bile nk smbg cite nie...x sabar nk tgu n3 br nie...
liya
May 21, 2006   01:18 AM PDT
 
nice story...keep your good work..
hope you can email me when u post ur new n3.

p/s: my email- liya2409@yahoo.com
aieshima
May 19, 2006   06:14 PM PDT
 
bile nak sambung lg
aleesa
April 18, 2006   07:00 PM PDT
 
ish.. x sabo lak.. nk tahu.. sape tu>>/

aza
March 1, 2006   01:58 PM PST
 
alamak..kak dania!!
bru nak suspen!! ishh ngah syok bace nih!!
heheheheh..truskan perjuangan melawan keyboard pc tuh erk!! demi kami!! ehhehehee..
good luuck again!
see you next entry..
hope it will be soon..
nur
February 19, 2006   08:12 PM PST
 
bila sambungannya?
auntie fasha
December 31, 2005   08:35 PM PST
 
Da lama tunggu sambungan hari tu... suka hati bila ada n3 baru.. tq
kak ida
December 17, 2005   10:48 AM PST
 
lama nya tak new n3.......... merajuk ke?
nurana
December 15, 2005   05:01 PM PST
 
bole teruskan tak cerita nie..
best la crite nie..
saya ytak saba nak tau ape yg berlaku seterusnya....
Name
December 1, 2005   03:37 AM PST
 
wah wah wah..semakin menarik...!!!trskn cik dania putri!!! jgn mengalah....:)
INSAN
November 30, 2005   11:19 PM PST
 
http://sumbanganikhlas-khaliza.cjb.net/

Selalulah beri sedekah. Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan(siksaan)
kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya
sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung dibawah naungan
sedekahnya di hari kiamat." Riwayat Tabrani.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive