Thursday, November 24, 2005
Episod 19

Tiga bulan berlalu.....

Zarief masih meneruskan kehidupannya walaupun tanpa beberapa kenangan masa lalu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Zarief apabila dikunjungi kawan-kawan yang tidak dikenalinya. Hanya hati yang dapat merasa bagaimana pedihnya hidup tanpa kenangan masa silam. Zarief tak pasti kehidupan apakah yang dilaluinya selama ini. Bahagiakan dia? Gembirakan dia? Zarief bingung. Dia tetap tak ketemu jawpan yang dicari.

Pada awal kepulangan Zarief ke rumah, kerap juga dia dikunjungi kawan-kawan yang mendakwa mereka kawan sekelasnya di kolej. Namun, mungkin bosan apabila Zarief tetap tidak ingat akan mereka, bilangan yang berkunjung mula berkurangan. Yang tinggal hanya seorang gadis, Fazlin dan dua orang lelaki, Fuad dan Nabil.

Kata mama, kita akan dapat tahu siapa sahabat dan siapa parasit dalam hidup kita waktu kita susah. Bagi Zarief, dia yakin bahawa Fuad dan Nabil memang sabahat yang baik. Tetapi, mengenai Fazlin pula, dia kurang pasti. Adakah Fazlin juga merupaka sahabat karibnya? Atau adakah Fazlin itu kekasihnya? Zarief tidak tahu.

Pada suatu petang, Fuad dan Nabil datang berkunjung seperti selalu. Zarief mengambil kesempatan umtuk bertanya mengenai Fazlin.

"Fuad, Nabil. Firstly, aku mintak maaf sebab aku still tak ingat korang. Tapi aku pasti korang memang sabahat aku. Hanya korang yang tetap setia ziarah aku when nobody does. Aku appreciate sangat friendship kita ni. Aku tau, aku tak ingat. Takde orang yang really knows how it feels to love without your past. Susah. Now, aku rely on korang berdua je to tell me the truth about my life. At least sejak aku kenal korang. Hidup aku ni macam mana? Life kat kolej, aku belajar apa? How I did in college? aku ni dibenci orang ke? Aku ada girlfriend ke tak", sampai soalan terakhir, Zarief senyap.

"Hmm..macam ni la Zack", Nabil membuka cerita.

"Kami boleh bagitau kau tentang kisah hidup kau. Tapi mana yang kami tau aje lah ye? Kita kenal lebih kurang 3 tahun yang lalu pada hari pertama kita daftar diri ke kolej dan aku dapat kelas yang sama dengan kau. Si Fuad ni, walaupun jurusan yang sama, tapi dia kelas lain. Si Fuad ni mula-mula bencikan kau sebab dia berkenan dekat Si Fazlin tu. Aduh!," Nabil terjerit kecil apabile disiku Fuad.

"Ala..aku tak kisah la. Yang penting aku nak tau kisah silam aku", balas Zarief.

"Ntah nye ko ni Ad, ingat tak sakit ke ko siku-siku aku ni ha??", marah Nabil sambil menggosok-gosok perutnya yang sedikit sakit disiku Fuad.

Fuad hanya mampu tersengih malu.

"Ala Zack, itu dulu la. Sekarang ni aku takde hati dah pada Si Lin tuh. Dia pun memang sayang kau aje", sambung Fuad pula.

Ooo..budak-budak ni panggil aku Zack. Si Fazlin tu pulak memang kekasih aku rupanya, fikir Zarief dalam hatinya.

"Kat kolej kau OK. Bukan lah teramat bijak tapi bijak sikit je lah. Hehe. Masa bukak sem baru-baru ni kau dapat Dean's List tau. Kira kali ketiga la kau dapat Anugerah Dekan ni selama 3 tahun kau belajar. Oh! Aku tak cakap pulak ye. Kita ni ambik bidang kejururawatan dan akan grad lagi 2 sem", tambah Nabil seraya mengenyitkan mata kepada Fuad.

"Hah??!! Kejururawatan???!!", terbeliak mata Zarief mendengar kata-kata Nabil.

Hahahaha..berderai tawa dua sahabat itu melihat ekspresi muka Si Zarief. 

Menyedari dia ditipu dua rakannya itu, Zarief pantas melontarkan bantal kepada mereka berdua.

"Ok weh..penat aku nih", Fuad memecah suasana. "Meh aku pulak sambung cerita".

by Dania Putri at 11:32 am

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive