![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, November 13, 2005
Episod 18 "Nina,if parents Zarief datang suruh mereka masuk ke bilik saya ye", pesan Fedriz pada pembantunya. "Sure doc", balas Nina. "Thanks", gagang dikembalikan. Lebih dua jam berlalu namun kelibat ibu dan ayah Zarief masih belum kelihatan. "Ish..mana diorang ni? Kata nak datang pukul 2.30 ni dah dekat pukul 5", Fedriz sedikit risau memandangkan tiada khabar tentang kedua Puan Idah dan Encik Badrul. Sedang Fedriz memandang ke luar tingkap biliknya, kelihatan Honda CRV milik keluarga Zarief masuk ke kawasan hospital. Selang beberapa minit kemudian, Puan Idah dan Encik Badrul pun tiba di biliknya. Sambil bersalaman, "Sorry la Riz. Auntie ada tetamu tadi. Tu yang lewat sikit. Hope you don't mind" "Takde lah auntie. Cuma pelik sikit je. Auntie kan paling tak berkenan dengan 'janji melayu'", usik Fedriz. "Amboi..mengata auntie pulak ye", pantas tangan Puan Idah bergerak mencubit lengan Fedriz. "Ewah dua beranak ni. Seronok nya dia",sampuk Encik Badrul pula. Terkekek-kekek mereka bertiga ketawa. "Hah Riz. Kata ada berita gembira nak bagitau auntie dan uncle. Zarief dah ingat sepenuhnya ke?", tanya Puan Idah. "Belum la sampai macam tu sekali auntie. Memamg Zarief dah boleh ingat. Cumanya, dia hanya boleh ingat kejadian yang berlaku di sekitar usianya 5 hingga 12 tahun saja. Mana yang happened after that period, semua dia tak ingat", terang Fedriz. "Eh, boleh pulak macam tu Riz? Apa namanya penyakit si Ary tu kalau macam tu?", Encik Badrul bingung. "This is one type of Retrogade Amnesia where the person forgets what happened before he hit his head. Tapi ada a few type jugak sama ada he forgets them all atau pun some of it". "Possibility untuk sembuh pulak macam mana?", tanya Puan Idah pula. "Hmm..Let me put it this way. Itu kita kena berserah pada yang di atas", sambil jarinya menunjuk ke langit. "Kami doktor akan buat apa yang terdaya especially to see Zarief to be normal again, I'd pay the price auntie, uncle. Not to worry about that. Banyakkan berdoa supaya Ary boleh ingat semua balik", sambung Fedriz. "Oh ya! Berita baik yang Riz maksudkan tadi is, Zarief dah boleh balik. There's nothing more we could do here. Tapi balik bukan balik terus tau. Auntie and uncle kena bawak Zarief ke sini I think every 2 weeks untuk monitor perkembangan otaknya. Kalau Ary masih ingat macam mana nak drive, boleh la dia datang sendiri", gurau Fedriz. "Yelah tu. Pandai la kamu. Auntie rasa tak mahu bagi Zarief tu memandu sendirian lagi. Biarlah auntie ni jadi girlfriend dia. Teman je mana dia nak pergi". "Dah kalau macam tu, tak dapat menantu la kita Cik Idah ooi", balas Encik Badrul. Pecah lagi tawa mereka. Bergema bilik Fedriz dengan gelak tawa Puan Idah dan Encik Badrul. "Eh, jomlah kita ke bilik Zarief. Mana nak berkemas lagi. Dia mesti seronok nak balik rumah", kata Puan Idah. Mereka beriringan menuju ke bilik Zarief. Knock! Knock! Puan Idah menolak pintu. "Zarief?"
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||