Thursday, September 01, 2005
Episod 17

Sementara itu di apartmen Fazlin :

"Lin, mari makan nak", pujuk ibunya. Hairan mengenangkan sikap anak gadisnya yang satu ini. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini kerap mengurungkan diri.

Sedangkan di dalam bilik, Lin masih menangis teresak-esak. Tangannya meraba perutnya. Bagaikan terasa ada satu nyawa yang hidup dalam perut itu. Fazlin menyesal. Menyesal kerana tersilap langkah. Walaupun dia tahu, lelaki tersebut pasti bertanggungjawab andainya dia tahu mengenai anak itu. Dia tahu mereka telah berdosa. Dia juga tahu mereka melakukannya kerana cinta. Dia yakin bahawa lelaki itu tidak akan sewenang-wenangnya mengabaikan dirinya setelah tahu akan kehadiran bayi di dalam rahimnya.

Apa yang dia tidak tahu adalah bagaimana hendak meyakinkan lelaki itu bahawa yang dikandung kini adalah anaknya? Anak hasil keterlanjuran mereka. Bagaimana hendak memberitahu seseorang yang telah kehilangan ingatannya mengenai masa lalunya?

Fazlin tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dia akhirnya mengadu kepada Dr. Fedriz, doktor yang merawat Zarief merangkap sahabat karibnya. Walaupun seperti membuka pekung didadanya, dia tiada jalan lain lagi. Dia terpaksa.

Malu memang malu. Kalau diikutkan hati, dia mahu saja menggugurkan kandungannya. Tapi dia tahu, anak itu tidak bersalah. Anak itu suci walau lahirnya daripada sebuah hubungan yang dilaknat agama. Dia tidak mahu bergelar pembunuh. Cukuplah dosa yang dilakukan hingga terciptanya anak itu. Dia tidak sanggup!

Selama ini, dia yakin dengan kasih sayang Zarief. Hingga saat ini pun dia masih yakin. Cuma, bagaimana hendak meyakinkan Zarief bahawa zuriat ini adalah anaknya sedangkan Zarief tidak ingat langsung masa lalunya.

Macam mana pula penerimaan mummy dan daddy Zarief andainya mereka mengetahui akan hal ini? Pasti dia akan dituduh perempuan murahan, tidak bermaruah. Mereka pasti tidak percaya anak mereka terlibat sejauh ini. Ibu bapa mana yang dapat menerima cucu luar pernikahan seperti ini?

Lin berasa sangat takut. Dia bimbang akan masa depannya dan anak itu. Bagaimana gadis berusia 20 tahun sepertinya mahu meneruskan kehidupan andai keluarga sendiri membuangnya nanti? Apa akan jadi peda masa depannya? Andai kata Zarief akan kehilangan ingatannya selama-lamanya?

Agghhh!! Walau apa pun terjadi, aku akan teruskan kehidupan ini. Anak ini tidak berdosa, mengapa ia harus menerima hukuman perlakuan ibu bapanya? Aku akan pastikan nasib anak ini terbela. Walau apa pun yang akan menjelang, demi anak ini, aku rela berkorban! Dalam diam Lin berjanji.

"Lin, mari makan nak. Kenapa kamu ni? Dari semalam ibu tengok kamu asek terperuk je dalam bilik tu. Kalau tak sehat pun, keluar la nak. Moh kite ke doktor yer?", ibu Fazlin tak henti-henti memujuk.

Kasihan melihat kesungguhan ibunya, Lin memulas tombol setelah memastikan tiada lagi sisa-sisa air mata di wajahnya.

Sambil tersenyum, "Apalah ibu ni. Risau ape ntah. Lin ok la bu. Penat sket aje. Ibu masak best ke yang sibuk sangat ajak Lin makan ni?", petah Lin sambil memeluk bahu ibunya.

"Yelah. Ibu masak lauk pebret kamu. Udang masak sambal petai. Haa..tak teringin ke? Selalunya...."
 
Belum sempat ibunya menghabiskan kata-kata, Lin berlari menuju ke meja makan. Nasi disendulk. Lauk disudu.

"Sedapnya bu! Ni yang Lin sayang kat ibu nih", Lin meneruskan makannya.

Ibunya senang hati melihat keadaan Lin. Namun, jauh disudut hatinya, dia tahu Lin sedang berduka. Naluri keibuannya tak pernah terpesong. Nantilah, akan ditanya Lin mengenai hal itu. Pandangan dihala ke arah Lin yang sedang asyik-masyuk makan makanan kegemarannya itu.

"Pelan-pelan Lin. Tercekik jugak kamu ni karang".

"Hehe..Yelah bu. Meh la join Lin ni bu", untuk seketika Lin dapat melupakan kegusaran hatinya.

_______________________________________________________________________________

Dania~ sori if masih pening² lagi plot cerite ni yer? Dania masih terlalu baru :) kepada yg mengomen..sori..x dan nk reply. Thanx!





by Dania Putri at 10:30 pm

kak ida
November 23, 2005   04:41 PM PST
 
lama dah tak de new n3? merajuk ke? akak dah lama tunggu ni.
Nisha
September 14, 2005   01:00 PM PDT
 
wau best nya cerita ni,rasanya tak sabar nak tau next entrynya

selamat menulis
Nisha
September 14, 2005   01:00 PM PDT
 
wau best nya cerita ni,rasanya tak sabar nak tau next entrynya

selamat menulis
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive