Friday, August 12, 2005
Episod 16

Hmm..betul ke apa yg aku buat ni?, Dania berkata sendirian.

Fikiran Dania berkecamuk. Dia tau tahu apa yang harus dilakukan. Mahu menurut kata hati atau kata orang tua? Apakah dia bakal bergelar anak derhaka andai arahan papa tidak diendahkan. Adakah patut dia membelakangkan keinginan ibu bapanya yang selama ini membesarkannya dengan penuh kasih sayang?

Dania sedar. Malah dia amat maklum dengan perangai papanya. Papa memang penyayang. Papa juga sangat pemurah. Apa saja yang diinginkan anak-anak akan cuba dipenuhinya. Dia hanya perlu memberitahu keinginannya pada papa dan esok hari, pasti impiannya berada di depan mata.

Dania ingat lagi, waktu itu usianya baru menjangkau lapan tahun. Pada hari ulang tahunnya, Dania telah meminta sebuah kereta mini yang berenjin berharga hampir lima ribu ringgit. Walau dia tahu gaji papa waktu itu tidaklah banyak, namun kereta itu tetap menjadi miliknya.

Cukup sebulan, kereta itu mula tersadai dan akhirnya menjadi tempat permainan kucing kesayangannya, Snow White.

Papa lah penyebab mengapa dia menerima Abang Man sebagai tunangannya. Dania tidak sampai hati mahu melukakan hati papa.

Ayah Abang Man, yang dipanggil Uncle Badin sememangnya sangat menyayangi Dania. Sejak kecilnya, Dania dilayan seperti anak sendiri. Isteri Uncle Badin, Auntie Esah tidak mampu melahirkan lagi setelah menderita barah rahim. Lantaran itu, Dania lah pengubat hati pengarang jantung pasangan suami isteri ini.

Keakraban papa dan Uncle Badin merealisasikan impian mereka untuk menyatukan Abang Man dan Dania. Abang Man yang sememangnya meminati Dania hanya menurut kata orang tuanya dengan hati yang terbuka.

Manakala Dania, sekadar menurut walau saat itu, tiada sekelumit perasaan pun terhadap Abang Man melainkan kasih sebagai seorang abang.

Namun, hari demi hari yang berlalu membuka rahsia Abang Man yang sebenar. Dia sebenarnya kaki mabuk dan gemar bertukar pasangan. Dania pernah cuba memberitahu papa tentang hal ini. Namun, yang dia dapat hanyalah tamparan sulung daripada papa.

Papa yang selama ini tidak pernah meletakkan tangan ditubuhnya telah menampar pipinya hanya kerana memberitahu hal yang sebenar mengenai Abang Man.

Sejak hari itu, Dania tidak lagi mengadu apa-apa kepada papa dan mamanya. Mungkin rasa terhutang budi terhadap Uncle Badin sekeluarga menyebabkan papa terlalu mengagungkan mereka. Dania tahu, semasa perniagaan papa hampir muflis, Uncle Badin lah yang banyak menghulur. Dania sedar itu semua. Namun adakalanya dia sedikit kecewa. Mengapa dia yang menjadi mangsa persahabat papa dan Uncle Badin?

Dania masih ingat hari bersejarah di mana dia terserempak dengan Abang Man dan seorang wanita bermesraan di lobi sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dia yang ketika itu mencari tajaan tempat untuk mengadakan majlis makan malam fakultinya terkejut. Kaget melihat keadaan itu.

Abang Man yang selama ini disangka malaikat rupanya syaitan bertopengkan manusia. Dia juga mendapat tahu bahawa Abang Man juga merupakan seorang pemabuk apabila lelaki itu sendiri mengakuinya. Keadaan bertambah gawat apabila Abang Man juga seorang yang panas baran dan kaki pukul. Walau sekecil mana pun kesalahan yang dilakukan Dania, pasti ada habuan yang menanti andainya kesalahan itu dapat dihidu Abang Man. Sejak hari itu, hilang rasa hormat buat Abang Man, yang tinggal hanyalah rasa takut kepada lelaki pengganas itu.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi. majlis perkahwinan mereka hanya tiga bulan jaraknya. Persiapan telah mula dilakukan. Dania hanya mampu berserah dan menerima takdirnya.

Lagi pula, Dania tahu dia tidak akan hidup lama. Selagi ada hayat dikandung badan, dia akan bertahan. Sehingga matanya tertutup dan dia akan bersemadi dengan aman.
_________________________________________________________________________________

Dania~ entry lagi..and there are more to come..:) kire bayar utang aa nih:D

by Dania Putri at 02:34 pm

nana
August 27, 2005   03:52 PM PDT
 
dania cam dh ade hati kat dr riz la
sioknyer hehehe padan muke abg man tu benci la watak dia...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive