Tuesday, July 12, 2005
Episod 1

Matanya merenung sekeliling. Zarief buntu. Tidak pasti dengan apa yang telah terjadi pada dirinya.
Bingung dia memikirkan keadaan diri yang terbaring kaku, lantas cuba untuk bangun dari pembaringannya. Zarief tercengang melihatkan kakinya yang bersimen tergantung pada tiang yang dia sendiri tidak tahu apa namanya.

"Agghh..", kedengaran suara Zarief memecah suasana sepi Hospital Universiti.

Dengan terkocoh-kocoh, dua orang jururawat meluru masuk ke dalam bilik persendirian yang didiami Zarief.

"Ada apa Encik Zarief?", tanya salah seorang daripada mereka.

Zarief bingung. "Nama siapa yang disebut jururawat itu tadi? Nama aku kah?",bisik hati Zarief. Zarief benar-benar keliru. Langsung tidak dapat memahami keadaan sekelilingnya.

Melihatkan cara Zarief memandang mereka seperti tidak mengerti apa yang telah berlaku pada dirinya, jururawat tersebut pun perlahan meninggalkan kamar yang Zarief diami lalu menuju ke bilik Dr. Fedriz. Dr. Fedriz merupakan doktor yang bertanggungjawab dalam kes yang dialami Zarief.

Sesampai sahaja di bilik Dr. Fedriz, jururawat tersebut, Maria terus melaporkan keadaan Zarief seperti yang telah diminta oleh Dr. Fedriz sebelum ini.

"Encik Zarief dah sedar doc", kata Maria kepada Dr. Fedriz. Dr. Fedriz agak terperanjat mendengar kenyataan Maria lantas bingkas bangun menuju ke bilik Zarief.

"Zarief...zarief...", panggil Dr. Fedriz. Tiada reaksi. Zarief masih lagi memandang keseluruhan bilik itu tanpa rasa. Masih tetap membisu. Dr. Fedriz risau melihatkan keadaan Zarief yang seumpama itu.

"Zarief..", Dr. Fedriz mencuba lagi. Kaku. Zarief kekal di dunianya sendiri. "Encik!", keras suara Dr. Fedriz. Zarief terpinga-pinga lalu berpaling menghadap Dr. Fedriz. 

"Awak panggil saya?", tanya Zarief.

Terkedu Dr. Fedriz mendengar soalan Zarief. Keadaan sunyi seketika. Dr. Fedriz kemudiannya tersenyum lalu berkata "hmm..awak rehat dulu..nanti saya datang lagi" lantas berlalu pergi.

Beriringan menuju ke biliknya, Dr.Fedriz memberitahu Maria supaya memantau keadaan Zarief dan memberi laporan kepadanya setiap hari.

Di biliknya, Dr. Fedriz mula memikirkan kelakuan Zarief yang dilihatnya tadi. Firasatnya menyatakan Zarief telah kehilangan ingatannya akibat hentakan yang kuat di kepalanya. Dia bimbang memikirkan kemungkinan itu. Persahabatan yang terjalin antara keluarganya dengan keluarga Puan Khalidah adalah
punca utama dia beria-ia mahu membantu di dalam kes Zarief.

Dia sedar, kalau bukan Puan Idah yang membantu membiayai pengajiannya di Dublin dulu, dia tidak akan berjaya seperti hari ini. Walaupun arwah abahnya dulu hanyalah seorang pemandu kepada keluarga Zarief, dia tetap dilayan seperti anak sendiri. Apa yang Zarief dapat, pasti dia tidak diabaikan. Memang sejak kecil lagi, dia berazam untuk membalas jasa Puan Idah sekeluarga terhadap keluarganya.

Dalam diam, Dr. Fedriz menanam niat untuk memulihkan Zarief walau apa jua caranya. Walau itu akan menuntut nyawanya sendiri. "Pasti!" janji Dr. Fedriz. 

__________________________________________________________________________________

Dania ~ Masih menunggu feedbacks dari para pembaca nih..:) jgn malu² nk komen yer..

 


by Dania Putri at 01:39 am

salmah
October 13, 2009   12:44 PM PDT
 
best tpi tak ade creta ke
cik _tun
July 10, 2007   11:25 PM PDT
 
best ler citer ni.... bile nk sambung ni????? tak sabar nk tunggu ending die...harap dapat cepat update yerk.... best of luck to U..n keep on your work...all the best to U
mainthing
May 29, 2007   05:57 PM PDT
 
quiet interesting beginning
aza
January 26, 2006   11:50 AM PST
 
tingin nak tau apr jdik next.. =D
naddiaworld
January 20, 2006   10:29 AM PST
 
cerita yang best gak... teruskan usaha...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive