Monday, August 08, 2005
Episod 14

Dr. Fedriz kemudiannya menghulurkan satu bungkusan kepada Zarief.

 

Zarief dengan pantas membuka bungkusan yang dihulurkan. Dia bingung. Kelihatan kepingan gambar yang dia sendiri tidak pasti kepunyaan siapa.

 

“Gambar apa ni doc?”, Tanya Zarief keliru.

 

“Cuba awak perhatikan betul-betul. Ada tak gambar yang awak ingat kejadiannya di situ?”, Tanya Dr. Fedriz.

 

Zarief kemudiannya meneliti setiap gambar tersebut satu persatu. Kelihatannya gambar itu adalah gambar dirinya. Pelbagai aksi dan gaya dalam gambar tersebut. Ada juga yang melucukan. Sesekali Zarief tersenyum melihatkan telatahnya pada gambar tersebut.

 

“Semua ni gambar saya doc?”, Tanya Zarief. “Eh, ni gambar doc pun ada. Kita pernah kenal selama ini? Tak sangka!”, Zarief terperanjat.

 

Dr. Fedriz hanya diam membisu. Sengaja membiarkan Zarief dengan pertanyaannya. Memang itulah tujuan ujian ini dijalankan. Untuk memastikan tahap ingatan Zarief sekaligus memastikan amnesia apa yang sedang dialaminya.

 

Masa berlalu. Zarief masih kusyuk membelek gambar-gambar dalam pegangannya. Fedriz kemudiannya tersedar bahawa dia belum lagi menunaikan solat asar. Dikerling jam Tag Heuer di pergelangan tangan kirinya. Hampir jam 6:50 petang.

 

“Zarief, saya ke surau dulu. Awak tengok lah baik-baik ye. Kalau boleh cuba ingat setiap kejadian yang ada dalam gambar tu. Tapi, jangan paksa diri pulak. Nanti sakit kepala. Setakat yang mampu aje ok?”, kata Dr. Fedriz.

 

“Hmm, baiklah doc. Saya ada banyak soalan nak tanya ni”, balas Zarief.

 

“OK. Saya jawab yang mana saya tahu lepas ni”, kata Dr. Fedriz sebelum melangkah pergi.

 

Sekembalinya dari menunaikan kewajipan terhadap yang maha esa, Dr. Fedriz begitu terkejut sekali melihat Zarief yang sedang terhenjut-henjut menahan tangis.

 

“Zarief, kenapa Zarief?”, tanya Dr. Fedriz panik.

 

Sepi. Tiada jawapan. Hanya yang kedengaran esakan kecil dari Zarief.

 

“Zarief, kenapa ni? Bagitahu la saya”, Dr. Fedriz masih memujuk. “Kepala sakit ke? Takpe. Lain kali kita teruskan lagi ok?”.


“Bukan doc. Saya menyesal. Mereka yang saya marahkan tempoh hari tu benar ibu bapa saya kan?”, kata Zarief dalam sedu-sedan.

 

Dr. Fedriz senyap. Sekadar mengganggukkan kepala.

 

“Awak dah sudah Zarief? Masih nak teruskan? Kalau awak rasa tak tenang, kita boleh tunda. Tak ada masalah pun”, pujuk Dr. Fedriz untuk menenangkan perasaan Zarief.

 

“Saya tak apa-apa doc. Cuma sedikit terkilan dengan tindakan saya sendiri. Tergamak saya meninggikan suara kepada kedua orang tua saya. Kepada ibu yang telah mengandung dan melahirkan saya. Saya malu dengan diri sendiri, doc. Saya menyesal!!”, Zarief kemudiannya menarik-narik rambutnya tanda tidak puas hati terhadap dirinya sendiri,

 

“Bawak bersabar Zarief. Bukan salah awak”, lembut Dr. Fedriz bersuara. “Saya faham perasaan awak. Tapi kan itu di luar kesedaran awak. Saya yakin mummy dan daddy awak pasti maafkan awak. Mereka pasti gembira dan bersyukur awak dah ingat pada mereka”.

 

“Tapi doc, saya pelik lah. Saya ingat sikit-sikit kejadian dalam gambar saya masa kecik. Mummy, daddy, tok pa, pak husin. Ni Kak Zeta dan Kak Fera pun saya ingat. Eh, ni gamba doc kan?”, tunjuk Zarief pada sekeping gambar.

 

Benar. Gambar tu diambil oleh Encik Badrul sebelum mereka bertolak ke Port Dickson. Hampir 15 tahun yang lalu kejadian itu berlaku.

 

Dr. Fedriz sekadar menggangguk mengiyakan pertanyaan Zarief.

 

“Maknanya, doc ni abang Riz?”, Zarief sedikit menjerit. Mungkin terlalu ‘excited’ dengan jawapan Dr. Fedriz tadi.

 

“Ary! Akhirnya kau ingat jugak pada abang”, Dr. Fedriz tidak dapat menahan perasaan.

 

Mereka berpelukan. Terpancar sinar kasih saying di mata mereka. Nyatalah mereka memang merindukan saat-saat bersama. Lama mereka berkeadaan begitu. Akhirnya Dr. Fedriz meleraikan pelukan. Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Zarief.

 

“Pandang sini Ary. Jangan menangis lagi. Sekurang-kurangnya kau dah boleh ingat dik”, kata Dr. Fedriz.

 

“Syukur bang. Ary dah tak tahan hidup dalam kebingungan. Tak kenal orang. Tak ingat kisah dulu. Alhamdullilah”, Zarief menadah tangannya ke langit tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan.

 

“Tak sabar abang nak inform auntie dan uncle. Atau Ary sendiri nak call mummy and daddy?”, tanya Dr. Fedriz.

 

“Tak mau dulu lah bang. Ary tunggu they all datang je nanti. Then Ary nak peluk mereka kuat-kuat”, balas Zarief.

 

“Bang, Ary simpan gambar-gambar ni boleh tak? Rindu lah pada kenangan dulu”, pinta Zarief.

 

“Ambik la Ary ooi. Memang abang bawakkan untuk Ary pun”, tersenyum Dr. Fedriz melihat memek muka kasihan yang dibuat Zarief.

 

“Terima kasih bang!”, kata Zarief seraya memeluk bahu Dr. Fedriz.

 

 

Dania -  ni hadiah lagi untuk semua. Tanda maaf Dania sebab buat semua tertunggu2. Sorry!


by Dania Putri at 04:42 pm

dhiya
August 12, 2005   01:09 AM PDT
 
ye ye ye ye... jadi org 1st lagi... ;)

heheh.. suka, ary dh ingat balik.. i'm happy for them!

tapi dania tu siapa eh dalam citer nih??? :D
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive