Thursday, August 04, 2005
Episod 12

Serperti Isnin lainnya, Fedriz bertolak ke hospital setelah mengalas perut dengan segelas milo dan dua keping roti bakar.

Setibanya di hospital, perkata pertama yang dibuat ialah menjengah Zarief. Biasanya di awal pagi begini, pesakit baru selesai sarapan dan akan diberikan ubat selepasnya.

Kelihatan Zarief sedang bermenung di tingkap.

"Selamat pagi Ary err Zarief", Fedriz menyapa.

"Pagi doc", Zarief membalas perlahan.

"Laa..kenapa ni? Monyok je saya tengok. Ada masalah ker? Gaduh dengan girlfriend yer?", usik Fedriz.

Zarief melepaskan keluhan, "Takde lah doc. Girlfriend pun takde. Nak gaduh apa bendanya. Cuma, saya confuse sikit la doc".

"Confuse? Kenapa pulak?", Fedriz bimbang andai Zarief mula bertanyakan tentang dirinya. Memang secara fitrahnya manusia akan sentiasa bertanya tentang apa yang mereka tidak tahu. Fedriz tahu lambat laun perkara ini akan timbul namun dia tidak menyangka secepat ini.

"Tak ada lah. Saya cuma pelik bila ada yang datang berbual, bertanya khabar. Tapi seorang pun saya tak ingat. Dari cara mereka bercakap tu, betul-betul macam mereka kenal sangat dengan saya ni".

"Lepas tu pulak, macam-macam nama yang mereka panggil saya. Zarief la, Ary la. Ada jugak yang panggil Zack. Doktor pun saya dengar kadang-kadang panggil saya Ary kan?", sambung Zarief lagi.

Fedriz menelan liur. Alamak! Apa aku nak jawab ni?, gumam Fedriz.

"Hmm..macam ni lah Zarief. Saya akan terangkan keadaan sebenarnya. Tapi tidak sebelum ujian dibuat. Saya tak boleh lah nak main cakap aje kan? Kena lah ada bukti dan kepastian dulu", dalam gusar Fedriz menerangkan.

Satu lagi keluhan dilepaskan Zarief. Mungkin bosan dengan persoalan yang bermail-mail difikirannya.

"Saya ikut ajelah doc. Cuma saya mintak doktor tolong la jelaskan keadaan yang sebenar. Saya ada jugak cuba nak ingat semua-semua ni. Tapi bila saya paksakan nak ingat, kepala saya jadi sakit sangat. Tu yang saya malas nak ingat-ingat sangat tu. Sakitnya ya Allah. Tuhan aje yang tahu".

"Jangan la fikirkan sangat. InsyaAllah semuanya akan OK", Fedriz cuba menenangkan Zarief.
"Saya ada kerja sikit. Nanti Cik Nina akan bawak awak ke tempat nak buat ujian tu ok? Mungkin petang-petang sikit la", kata Fedriz.

"Cik Nina? Cik Nina cantik? Ish..kalau macam tu kena lah saya bersiap sikit", gurau Zarief.

"Haa..elok lah tu. Cik Nina tu pun janda. Anak 3. Kalau nak cuba, sila lah", saja Fedriz menyakat.

"Alamak! Ye ke doc? Ish..tak jadilah kalau gitu. Dapat anak instant saya nanti", jawab Zarief.

Meledak ketawa mereka berdua.

Sambil menggelengkan kepalanya, Fedriz membalas "Tahu tak per. Eh, ok yer? Saya ada kerja sikit. Jangan lupa bersiap", Fedriz mengenyitkan sebelah matanya.

Zarief membalas dengan tersenyum nakal.

Fedriz berlalu ke biliknya sambil tersenyum sendirian. Geli hati dengan gelagat Zarief.

Tiba di biliknya, intercom ditekan.

"Yes doc?" tanya satu suara.

"Nina nanti tolong bawakan patient room 127 ke room 2A ye. Around 5.30 pm nanti", arah Fedriz kepada pembantunya.

"Baik doc", jawab Nina.

Gagang diletakkan kembali. Fedriz meneruskan pekerjaannya.

Masa berlalu. Masa makan tengah hari pun tiba. Namun Fedriz tetap meneruskan kerjanya.

Intercom berbunyi.

"Yes Nina?", tanya Fedriz sejurus gagang diangkat.

"Ada guest nak jumpa doc. Tapi dia takde appointment. Can I pass her through?", tanya Nina.

"Her??Hmm..tanyakan nama dia please".

Di hujung talian, kedengaran suara Nina bertanyakan nama si tetamu.

"She said she's Fazlin. Kawan Zarief katanya", Nina memberitahu.

"Oh. Ok then. Pass her through. Thanx Nina", balas Fedriz.

"Dont mention doc". Talian dimatikan.

Seketika kemudian, pintu diketuk.

"Masuk", jerit Fedriz.

"Sori doc kalau Lin mengganggu", Fazlin berbahasa. Salam dihulur.

"Tak ada lah Lin. Saya tak sibuk sangat pun", balas Fedriz setelah tangan Fazlin disambut. " Ada apa Lin datang jumpa saya ni? Dah jenguk Zarief?".

"Belum lagi. Lin memang nak jumpa doc. Zarief bukan ingat Lin pun", Fazlin sedih.

"Ala..sabarlah Lin. Kita tak boleh putus asa. Kalau Zarief tengok kita lemah, macam mana pulak Zarief? Kan?", pujuk Fedriz.

"OK. Now you story me apa yang Lin nak cerita dengan saya?", dalam gurau Fedriz bertanya.

"Macam ni doc", Lin memulakan bicara.



__________________________________________________________________________________

Dania ~ nak kena buat research untuk medical terms pulak lepas ni..tapi bagus jugak yer? boleh tambah ilmu. lepas tu boleh share.. enjoy reading!


Dya : suka dapat n3 baru? ni kak nia kasik lagi ni..dya suka hati..kak nia pon tumpang happy:)

Dhiya : syahdu ker? at least Nia dapat kasik mood tu pada dhiya erk?kire ok la kan? layout baru? ingat nk tuka˛ sikit..tp tunggulah. belum ada mase. nak kene update hari-hari pulak tu..*cubit pipi dhiya*

mE : lama x nmpk mE..:) nah nia kasik tisu..lap air mata tu..abes comot mekap..hehe!

mie : jangan sedih˛ mie..:) thanx support dania!

adilia : boleh hilang kan biul ker? hehe..hati˛..jgn dpt memory loss pulak mcm Zarief..:D


by Dania Putri at 10:36 am

Dya
August 4, 2005   12:12 PM PDT
 
TQ 4 this new n3..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive