![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Saturday, July 30, 2005
Episod 10 Mereka berbual. Sebenarnya, Fedriz yang banyak bercakap sedangkan Dania, hanya bersuara apabila ditanyakan soalah sahaja. Mungkin masih trauma. Mungkin juga kurang selesa berbual-bual dengan orang yang tak dikenali. "Masuk kanan depan tu encik", Dania baerkata sambil menunjuk ke sebelah kanan jalan. "Eh, maaf lah lupa nak memperkenalkan diri. Asyik tanya tentang Dania aje dari tadi", Fedriz menepuk dahi. "Saya Fedriz. Dania boleh panggil saya Riz kalau mahu", sambungnya lagi. Dania tersenyum. "Berhenti dekat depan tu Fedriz. Rumah yang pagar hijau tu". Fedriz memberhentikan kenderaan seperti yang diarahkan Dania. "Mari masuk dulu Fedriz. Tak sopan pula rasanya kalau tak hidangkan air. Dah lah awak penat tolong saya tadi", Dania mempelawa. "Alamak! Saya comot macam ni, boleh ke masuk? Karang habis busuk satu rumah. Habis kerusi awak bau peluh saya pulak", Fedriz malu. "Eh, tak apa lah. Mari lah masuk. Apa pulak kata mak saya nanti". "Hmm..kalau macam tu ok lah. Jangan ayah awak serang saya dengan parang pulak nanti", gurau Fedriz. "Awak ni, ada ke pulak. Ayah saya tak main la parang-parang. Dia tembak dengan senapang patah aje nanti". "Pandai bergurau jugak budak ni. Ingatkan pendiam sangat", bisik hati Fedriz. Mereka melangkah masuk ke kawasan rumah Dania. "Assalamualaikum", jerit Dania. "Mama...ooo mama. Eh mana mama ni?" katanya lagi. "Siapa tu? Nia ke? Mama kat belakang tadi. Masuk aje lah cik Nia ooi. Macam tak biasa pulak budak nih", bebel Puan Sarah tanpa menyedari bahawa mereka ada tetamu. "Eh, siapa ni? Kawan Nia ke? Bertuah budak ni. Tak bagitau mama pun", sambung Puan Sarah lagi. "Jemput masuk nak. Kalau nak tunggu si Nia ni jemput, alamat sampai esoklah anak ni berdiri kat luar tu. Sampai tumbuh akar la kakinye tu", celotehnya lagi. Hampir terburai ketawa Fedriz melihat gelagat Puan Maisarah. "Siapa nama anak ni? Macam mana pulak boleh kenal dengan anak auntie ni?", tanya Puan Sarah. "Mama ni. Banyak nya soalan. Kesian Fedriz ni nak kene jawab banyak-banyak. Nia tolong ok mama. Nama dia Fedriz. Mama boleh panggil dia Riz kalau mama nak", Dania meniru ayat Fedriz terhadapnya tadi. "Bab macam mana kenal tu...nanti la Nia cerita mama. Panjang ceritanya. Tak cukup air yang Maksu buat tu nanti", seloroh Dania lagi. "Maksu..cepat la airnya maksu ooi. Pengsan jugak budak Fedriz ni karang",jerit Puan Sarah. "Tunggu kejap ye Riz, Maksu ni memang slow and steady sikit". Fedriz ketawa kecil."Tak apa auntie. Riz pun belum nak pengsan lagi". Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang menuruni anak tangga. Glup! Fedriz menelan liur. __________________________________________________________________________________ Dania ~ Morning semua. Dania baru lepas mandi. Terus masukkan entry untuk semua. Selamat berhari minggu:) Dhiya : hehe..jgn gaduh˛ ngan WD121 tuh..hehe..nnti die cucuk mate *takut* mekaseh banyak dhiya..banyak tolong Dania baiki mana yang patut..:) by Dania Putri at 09:32 am
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||