Friday, July 29, 2005
Episod 9

Hari minggu merupakan hari beriadah buat Fedriz. Sememangnya setiap ahad Fedriz akan berjogging di Taman Tasik Titiwangsa yang tidak berapa jauh dari rumahnya itu.

Bagi Fedriz, walaupun kesibukan kerja sering mencuri  hampir keseluruhan daripada masa yang dia ada, faktor kesihatan tetap perlu diambil kira. Tambahan pula, dia merupakan seorang doktor. Apa pula kata pesakit nanti andainya doktor sendiri menghidapi pelbagai penyakit. Tentu mereka tidak percaya dengan kredibiliti dia nanti.

Sampai di Taman Tasik Titiwangsa, Fedriz memakirkan kereta Honda CRV nya di kawasan letak kereta yang disedikan di situ. Dia bernasib baik kerana pada waktu ini, belum ramai lagi orang yang datang untuk bersukan. Lihat saja jam 730 nanti, pasti sekelip mata petak-petak parking ini akan dipenuhi.

"Nasib aku keluar awal hari ni. Kalau tak, alamat tak ada parking la aku", Fedriz berkata sendirian.

Fedriz mula berlari-lari anak setelah memanaskan badan untuk beberapa minit. Dia kemudiannya meneruskan larian.

Setelah hampir 40 minit berlari tanpa henti, Fedriz tidak berupaya lagi. Larian dihentikan. Dia mendudukkan diri di salah satu bangku yang terdapat di taman rekreasi tersebut.

Fedriz memandang sekeliling. Kelihatan beberapa orang anak muda sedang melepak di tepi tasik sambil mengusik gadis-gadis yang sedang berjogging. Fedriz ketawa sendiri melihatkan tingkah laku mereka yang nakal. Teringat zaman silamnya, dia tidak pernah berkelakuan begitu. Punya teman perempuan pun tidak, ini kan pula nak mengorat.

Dengan tawa yang masih bersisa, Fedriz menghalakan pandangannya ke sepasang kekasih ini pula. Nampak seperti sedang bertengkar. Si gadis hanya menunduk memandang rumput sedangkan si lelaki pula sedang marah-marah sambil tangannya terawang-awang di udara.

Tiba-tiba, dia melihat lelaki itu menampar pipi si gadis. Diikuti dengan tengkingan yang agak kuat. Namun, Fedriz tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang di jeritkan lelaki itu.

Fedriz bangkit apabila dilihatnya orang ramai yang lalu lalang tidak mengambil perhatian dengan kejadian itu. Bukan niat untuk menjadi hero namun rasa belas yang sememangnya tinggi dalam dirinya mendorong Fedriz untuk berbuat demikian.

"Encik", tegur Fedriz.

"Hah! Kau nak apa? Jangan nak tunjuk jantan kat sini pulak. Ni hal aku dengan pompuan nih!", marah lelaki itu.

Sementara itu, si gadis masih tersesak-esak sambil menggosok-gosok pipinya yang ditampar tadi.

"Bukan macam tu encik. Saya cuma nak tolong. Tak baik buat cik tu macam tu. Malu dia depan ramai orang ni", Fedriz masih berbahasa.

"Ah! Apahal pulak yang diaorang nak menyibuk hal aku pulak? Tak reti nak buat hal sendiri. Nak jaga tepi kain orang pulak", lelaki itu masih berkasar.

Fedriz sudah mula hilang sabar. Dia malas hendak bertekak dengan manusia tak faham bahasa seperti itu. Dia lantas menarik tangan gadis tersebut untuk mengikutnya.

"Mari ikut saya cik". Walau pada mulanya gadis itu enggan, namun akhirnya dia menurut.

"Eh, mana kau nak bawak awek aku tuh hah? Jangan nak memandai-mandai pulak!", lelaki itu menarik kembali tangan gadis itu dari pegangan Fedriz.

Apabila Fedriz cuba menghalang, lelaki itu melepaskan tumbukan ke muka Fedriz. Namun, tali pinggang hitam yang dimilik nya tidak di sia-siakan. Dia berjaya mengelak lantas mengunci gerakan lelaki tersebut dari belakang.

Lelaki tersebut merontan-ronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman Fedriz. Fedriz melepaskan. Belum sempat dia hendak berkata-kata, lelaki itu pantas berlari pergi.

Beberapa ketika kemudian, dua orang pegawai keselamatan pun datang. Mungkin ada di antara pengunjung di situ yang membuat aduan.

"Ada apa hal ni encik?", tanya seorang daripadanya. Sementara yang seorang lagi, menghampiri
Fedriz dan lelaki itu.

"Tak ada apa-apa lah encik. Dah selesai pun semuanya", Fedriz membalas, tersenyum.

"Hm...kalau begitu, tak apalah. Tapi, kami tetap perlukan keterangan encik kerana aduan telah dibuat tadi. Kami kena ikut prosedur encik", balas yang seorang lagi.

"Baiklah. Saya bersedia membuat laporan", Fedriz setuju.

Mereka bertiga berlalu pergi menuju ke bahagian pengurusan.

Selesai membuat laporan,Fedriz menuju ke keretanya. Dia menghidupkan enjin, memasang pendingin udara.
Sambil bersandar, fikirannya melayang kepada gadis tadi. Ada beberapa persoalan yang bermain di fikirannya. Siapa gadis itu? Apa kesalahannya sampai dimarah begitu sekali? di tempat awam pula tu. Yang paling utama, apa pula hubungannya dengan lelaki tadi??

"Ah..biarlah. Apa pulak aku yang nak sibuk-sibuk", bisik hatinya.

Fedriz memasukkan gear. Melepaskan cluth perlahan dan bersedia untuk memandu pulang.

Tanpa disangka-sangka, gadis tadi mengetuk-ngetuk pintu keretanya.

Dia membuka tingkap, "Ada apa cik?".

"Boleh encik tolong hantar saya balik? Semua barang-barang saya ada dalam kereta dia".

Fedriz berfikir sejenak. Kemudian dia bersuara, "Naik lah cik".

Kereta pun bergerak perlahan-lahan. Sambil memandu, Fedriz cuba bercakap-cakap dengan gadis yang sejak tadi hanya membatukan diri. Sesekali terdengan esakan kecil. Mungkin masih teringatkan kes yang berlaku tadi.

"Maaf cik. Tapi, boleh saya tahu nama cik?", Fedriz memulakan perbualan.

"Saya dania. Maaflah menyusahkan encik sampai macam ni sekali", jawabnya.

Dania??? Fedriz macam pernah dengar nama itu. Tapi dia tak ingat di mana.

__________________________________________________________________________________

Hmm...tak tahu nak komen apa kali ni. Dania baru naik ofis hari ni. Banyaknya kerja..ieee..tensionnya! Anyway, hope semua pembaca enjoy. Tu dania dah keluar tu.;)

Dhiya : Thankx!

Adillia : Selamat datang? Enjoy your stay yer?

Ija : Dania pun kena panggil Kak Ija ker???:P

Dya : Dah kerja x bermakna tua la syg.. *wink*. X kesah la nk panggil ape pun Dya..
         jgn yg burukČ sudah..

WD121: tu kenapa nak cucukČ mata dhiya pulak?kang jadik kassim selamat pulak!:D


Kepada Zaira, Nazra, mE, t3, shara  dan mie.. selamat membaca yer..teruskan sokong Dania ok? Thanx a lot!

Juga kepada silent readers (if any), thanx a lot jugak!










by Dania Putri at 11:44 am

dhiya
July 29, 2005   12:48 PM PDT
 
:p kat WD121... sibuk arr...

sakitlah pipi dania kena lempang! lelaki yang pukul perempuan tanpa alasan kukuh mmg tak patut di hormati!

hehehehe... sorry dania... dhiya byk komplen... :D
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
Profile

Tag Board

   

Calendar

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Links





rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive