![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Thursday, July 28, 2005
Episod 8 Suasana di majlis perkahwinan Fazura sungguh meriah sekali. Pasangan mempelai kelihatan sedang melayan para tetamu yang hadir setelah selamat diijab kabulkan tengah hari tadi. Para tetamu masing-masing sedang bersembang sesama sendiri. Riuh rendah kedengaran suara dan gelak tawa mereka. Fedriz, Zamri dan beberapa orang kawan lagi sedang berbual-bual. Bermacam-macam cerita yang diperkatakan. Kebanyakannya mengenai zaman persekolahan dulu. Tak kering gusi dibuatnya mengenangkan kenakalan dan kerenah mereka ketika itu. "Aku ingat, jadi la kau dengan Zura tu Riz. Rupa nya tak jugak", usik Nina, teman wanita Ramzi yang merupakan sahabatnya di MCKK dulu. "Alah, dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana Cik Nina ooii", balas Fedriz. "Hai..tuan doktor kita ni memilih sebenarnya. Asyik lah nak bagi alasan lapuk dia tu", pintas Zamri pula. Terkekeh-kekeh mereka ketawakan si Fedriz. Fedriz teringat saat perkenalan dia dan Fazura dahulu. Selepas tamat sekolah, sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, Fedriz bekerja sementara di 7-Eleven berdekatan rumahnya. Kemudian dia berkenalan dengan Fazura yang merupakan pelanggan tetap di situ. Hubungan yang dibina berdasarkan persahabatan itu akhirnya mekar menjadi hubungan percintaan. Dunia ini dirasakan kecil apabila Fazura merupakan sepupu kepada sahabat baiknya di MCKK dulu, Zamri. Namun, Fedriz yang tak biasa dengan kehadiran wanita di dalam hidupnya gagal memberikan apa yang diperlukan gadis muda seperti Fazura. Dia tidak pandai berkata cinta, jauh sekali bermadah pujangga. Gadis yang pada mulanya mengucapkan sayang, akhirnya berlalu pergi. Tapi Fedriz tak pernah salahkan Fazura. Dia tahu Fazura berhak memilih jalan hidupnya. Mereka masih muda. Perjalanan mereka masih terlalu jauh untuk difikirkan. Sehubungan dengan itu, Fedriz redha dan kembali bersahabat semula dengan Fazura. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Dublin. Keputusan SPM yang cemerlang dengan 7A1 dan 2A2 melayakkan dia menerima bantuan biasiswa tajaan JPA untuk ke sana. Namun, Encik Badrul dan Puan Idah bersungguh-sungguh hendak menampung pengajiannya. Kata mereka, biarlah biasiswa itu diberikan kepada yang lebih memerlukan. Fedriz akur. "Amboi, seronok bercerita. Mengumpat aku ke tu?", tegur Fazura mematikan lamunan Fedriz. "Tahniah Zura", Fedriz menghulur tangan. "Thanks Freddy",Fazura tetap memanggilnya dengan panggilan yang sama lima tahun dulu. "You bila lagi? Takkan tak dapat I nak membujang sampai tua pulak", dia berseloroh. "Hish..you ni. Ada ke akap macam tu. I bukan tak nak kahwin dengan you. Tapi I kesian kat husband you tu. Merayu-rayu supaya I lupakan you", pandai Fedriz memusing cerita. Pecah ketawa mereka mendengar celoteh Fedriz itu. Sekurang-kurangnya tidak lah Fedriz bermusuhan dengan Fazura akibat 'hubungan tak jadi' mereka satu ketika dulu. Selesai majlis, mereka memohon untuk mengundurkan diri sambil bersalaman dengan kedua mempelai, Fazura dan Iskandar. Fedriz dan Zamri datang bersama menaiki kereta zamri seperti yang telah dijanjikan. Mereka berbual sepanjang perjalanan pulang. "Kau tak terkilan ke tak dapat si Zura tu Riz?", risik Zamri. Zamri tahu, dulu si Fedriz setengah mati dek ditinggalkan Fazura. "Tak ada lah Zam. dah jodoh dia dengan Is. Terima aje lah. Lagipun kan Zam, aku rasa aku ni memang takde luck la dengan perempuan", jawab Fedriz. "Ish kau ni. ada ke pulak cakap macam tu", tegur Zamri. "Yalah. Cuba kau perhati. dari kecil lagi, aku mana pernah hidup dengan perempuan. Mak pun tak kenal siapa. Macam mana lah aku nak pandai dalam bab-bab perempuan ni Zam", walau selamba, namun ada kekesalan dalam kata-kata Fedriz. Zamri tidak membalas. Dia sekadar meneruskan pemanduan menuju ke rumah Fedriz sebelum ke KLIA untuk menjemput buah hatinya Nurin yang akan pulang dari Sabah malam ini. __________________________________________________________________________________ Dania~ Maaf kalau entry kontot sgt. Tapi, ini aje yang Dania mampu buat mase ni :) Dhiya : oohh..dania belum boleh dera org yer?OkČ..akan ku nantikan saat itu..hehe..
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||