![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Friday, July 08, 2005
Prolog "Abang tu yang gatal! Semua perempuan abang nak jadikan bini. Betina lorong belakang pun abang layan. Macam la saya tak tahu!", jerit Puan Khalidah disusuli dengan esak tangisnya yang kian kedengaran. Keadaan semakin meruncing. Encik Badrul tidak dapat menahan rasa marahnya kali ini lantas tangannya dihayun laju ke pipi isterinya.
Encik Badrul hilang pertimbangan. Beliau bagaikan dirasuk. Isteri yang sebelum ini ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh turut menjadi mangsa nafsu amarahnya. "Semua gara-gara perempuan tak guna itu!" marah Encik Badrul dalam hatinya. Mendengarkan kekecohan yang berlaku di antara ibu bapanya, Zarief tertekan. Dia mencapai kunci kereta yang tergantung di pintu biliknya lalu terus menuju ke pintu masuk utama. Sebelum melangkah keluar dari rumah yang dirasa bagai neraka, Zarief sempat mengintai keadaan mummynya. Puan Khalidah sedang menangis teresak-esak. Simpati Zarief menggunung buat mummynya. "Dulu daddy tak pernah macam ni," bisik hati Zarief yang sedih melihatkan keadaan mummy Zarief menyarung sandal nike nya dan terus menuju ke kereta kembara pemberian daddy sempena hari jadinya yang ke-21 beberapa bulan lalu. Enjin dihidupkan. Encik Badrul tekocoh-kocoh ke muka pintu mendengarkan bunyi enjin kereta. Melihat kelibat daddy nya di muka pintu melalui side mirror, perasaan Zarief membuak-buak. Suara Encik Badrul yang terjerit-jerit memanggil nama Zarief tidak dihiraukan. Zarief memecut keretanya beredar dari perkarangan rumah. Pertengkaran mummy dan daddynya sebentar tadi kembali menerjah ruang ingatan. Terngiang-ngiang esakan mummynya. Tambahan pula, Zarief kerap mendengar cerita mengenai sikap daddynya yang sering bertukar wanita sejak bergelar ahli perniagaan yang berjaya beberapa tahun lalu. Tanpa sedar, kaki Zarief mula menekan pedal minyak. Meter menunjukkan kelajuan kereta yang kini berada pada Zarief tidak peduli. Dia mahu pergi jauh dari bunyi-bunyi yang menyesakkan kepalanya. Kereta meluncur semakin laju. Sehinggalah... BANG! PIIINNNN! Hon berbunyi bertalu-talu. Zarief hilang kawalan apabila kereta yang dipandu laju terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu jalan. Orang mula mengerumuni kenderaan Zarief. Tali pinggang keledar yang tidak dipasang menyebabkan kepala Zarief terhantuk pada stereng. Darah membuak-buak dari dahinya. Selepas itu, Zarief tidak ingat apa-apa lagi. Dania~ sekadar cubaČ aje. Teringin nak tahu sejauh mana bakat yang ada. Dania banyak membaca karya dari blog lain dan mmg punya minat untuk menulis.Harap pembaca dapat bagi komen yang bernas. Ayat pun masih berterabur lagi. Maaflah, saya budak baru belajar..hehe by Dania Putri at 02:55 am
|
Profile Tag Board Calendar
Links Prolog Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21NEW! Episod 22NEW! Episod 23 NEW! Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||